Monday 20 January 2014

Ride Menghilir Sungai Mekong...Thailand, Laos, Cambodia 1-15 Februari 2013

Salak semua. Sedikit pengalaman yang ingin dikongsi bersama. Ride kali ini disertai oleh 5 bikers yang terdiri dari
1. Papprit                              Kawasaki Z1000sx
2. Hj. Nik                               Kawasaki VN900 Custom
3. Zhenchz @ Lekir               Kawasaki Z800
4. Dr. Hj. Ramdan                 Kawasaki Z750
5. Bernam                             Kawasaki Z1000sx (dah tukar motor)


Cerita ini versi saya sahaja. Kawan-kawan tolong tambah mana yang patut dan tolong upload gambar

Cerita 1. 

1 feb 2013. Papprit, Hj Nik dan Zhenchz bertolah dari lembah kelang ke Danok dan menunggu Dr Ramdan di Gurun sebelum memasuki sempadan.  Dr. Ramdan bertolak seorang diri dari Tronoh pada jam 5 petang kerana urusan kerja. Mereka berempat menginap di Ananta Resort dekat Tamot...sebelum sampai ke Patthalung.  Saya dari Songkhla bertolak pada pagi 2 Februari dan berkumpul di Ananta Resort. Di sana ada satu group bikers yg diketua Big Big sebanyak 9 buah motor untuk ke Cambodia.  Jadi kami bertolak bersama menuju ke Bangkok sebanyak 14 buah superbikes.

bergambar bersama group ke dua sebelum bertolak dari Tamot.


singgah brunch di rest Area Gajah di Chaiya. Ada lima gerai muslim di situ. Senang nak ingat sebab stesen petrol PTT ada banyak patung gajah besar.


Menerima buku cenderamata ride dari group kedua.  Kumpulan ini bersedia dengan buku yg mengandungi maklumat lengkap semua peserta dan peta perjalanan serta maklumat tempat yang akan dilalui. Nampaknya mereka lebih bersedia dengan baju dan jeket yang sama.  Depa dapat banyak sponsor.....


Bersama sahabat lama Prof. Dr. Hj Ekhwan dari UKM yg menunggang BMW GS1200 di masjid Prachuap Khirri Khan.  Dulu sama sama menuntut di Newcastle, England.



Perjalanan diteruskan ke Bangkok dan kami tiba hampir tengah malam di Ramkhamhaeng sebelum checkin di Chaleena Hotel.  saya terpisah dari group utama kerana salah faham bahasa isyarat dengan Papprit dan akhirnya saya mencari jalan sendiri merentasi bangkok dan Papprit guide group utama ke destinasi. Oleh kerana saya keseorangan maka perjalanan lebih cepat dan akhirnya saya sampai dulu dan terpaksa menunggu lama group utama di destinasi yang dituju.




Pak Zhenchz dan Pak Ramdan merempit di litar Chaleena.  Pak Guard kat belakang dah ready dengan chota.



Menaiki bot diterusan dari Ramkhamhaeng menuju ke Central World untuk melihat Bangkok Bike Festival.  Walaupun melalui air pelimbah yang berbau hapak tetapi saya tetap berbau wangi...........nak buat macam mana dah orang penuh sesak



Pada 3 Feb iaitu Ahad, kami semua termasuk group kedua menaiki bot dari ramkhamhaeng ke Pratnam utk ke central world mengunjungi Bangkok Bikes Festival.  Naik bot takde trafic jam tetapi terpaksa bersesak sesak dalm bot.

Gambar gambar berikut sekitar Bangkok Bikes Festival.

Dr Ramdan khusyuk tengok motor tapi Pak Papprit tersenyun lebar tengok sidia minum air............


Dah lupa kat mana simpan kunci tadi...


Tu dia Honda Big Wing.  Comel sungguh motor ni...


Motor BMW model ni ada jual kat Malaysia ke?



Kat mana dorang letak gear ni? tak jumpa carilah pulop.


Laaaa Bila pulak PAS dan Barisan Nasional berpakat ni.. Tak keluar TV3 pun tau tau ada logo baru gantung kat Bangkok.


Sebelah petangnya kami bertolak ke destinasi masing-masing. Kami berlima menuju ke timur group kedua menuju ke Pattaya. tapi sebelum itu kami semua singgah di kedai motor Red Baron, Bangkok sebab saya tukar minyak enjin dan yang lain tengok/beli barangan riding.

14 buah superbikes Bersedia untuk bertolak dari Chaleena Hotel


Sebelah petangnya setelah sembahyang asar di Hotel, kami seramai 14 buah motobikes bertolak ke kedai motor Red Baron.  Di sana saya menukar minyak injin motor dan kawan-kawan lain membeli peralatan motor.  Hj. Nik membaiki trotle motornya.   Setelah itu kami berpisah dengan group ke dua iaitu mereka menuju ke Pattaya dan kami menuju ke Prachin Buri melalui Min Buri.  Dipersimpangan ke Min Buri kami (saya, Ramdan, Hj. Nik dan Zhenchz) telah terpisah dengan Papprit yang mengikuti dari Belakang. Tapi seperti biasa kami faham dan tak risau sebab Papprit sekarang berada di kampong halaman keduanya. Kami melalui jalan kampong untuk menikmati keindahannya dan bertemu semua dengan Papprit di Prachin Buri 2 jam kemudian sebelum mencari Hotel di sana.

sebelum itu kita layan sikit gambiran di Bangkok Bikes festiwal

motor macam ni pon nak tayang juga.....


kereta pon ada juga...


Cantik motor ni....


Idaman hatiku....tapi apakan daya....mahallah pulop


Inilah hukumnya kalau takde road tax......  Dr. Ramdan tersenyum simpul



Bangkok Motor bike Festival

Sebusuk dan sekotor mana pun air terusan,  tapi bila dah awek d sblh 'gelenya' tu tetap ada.



ER6n




































Di dalam showroom Red Baron Bangkok bersama group kedua. dah empat kali singgah di sini tapi saya tak beli apapun.  Papprit dan Ramdan memborong sakan.


4 Februari 2013.

Malam tadi kami menginap di sebuah hotel baru siap. asalnya THB500 sebilik tetapi selepas itu diturunkan ke THB450 dan setelah senyum dua tiga kali kat amoi receptionist akhirnya diturunkan kepada THB400 sebilik maka kamipun ambik 4 bilik.  Nama hotel tak tahu sebab tulis dalam Bahasa Thai. Bilik bersih. Di sini banyak pusat hiburan. macam little Danok pulak. ramai orang Bangkok turun hujung minggu. Tiada kedai Muslim dijumpai di sini maka saya makan megi saja malam itu walaupun sempat meronda dengan Papprit di sebelah malamnyanya.

Bergambar dengan Tokey no 2 hotel sebelum bertolak.  Destinasi yg dituju ialah Chong Mek...boarder Laos.



Selepas itu kami memilih untuk melalui jalan kecil dan masuk ke Khao Yai national Park.  Tu dia kena bayar kalau tak silap  THB 400 t. tapi inilah jalan potong terdekat ke Nakhon Rachasima.  Kami bincang nak lalu atau cari jalan lain. akhirnya ambil keputusan lalu juga.     rupanya tak rugi sebab pemandangan sangat cantik dan sejuk.

Di hadapan pintu masuk Khao Yai National Park...... Pak Zhenchz ada banyak gambar di sini.


kami mengambil masa sendiri dan ride santai. singgah di mana saja yg berkenan. saya ride sorang diri dan tak banyak ambil gambar. 

Rusa di sni jinak..... macam orangnya juga.




bercanda dipinggiran bukit...






Sebuah kampong dilembah....pandangan yang di zoom dari puncak gunung.


Salah satu view point.    nyaman.....kalaulah gerai ada roti canai dengan teh tarik...alangkah lazatnya....belum sarapan pagi lagi ni.


Bersama Tokey kedai motor Red Baron Bangkok sebelum berpisah dengan group kedua


Sempat pulak Pak Zhenchz snap gambar penjara ni...... buat seram je..


Dr. Ramdan memeluk erat topi keledar kesayangannya di hadapan hotel penginapan di Prachin Buri. Malam tadi tidur share bilik dgn Hj Nik. 


di pintu masuk Khao Yai national Park.  frust kena bawar mahal sebab foreigner.


Post Ghairah dari Abam Zhenchz.....AAuuuuwwwwwww.....


Takkan atas motorpun nak bersenam jugak.  Aksi bahaya Papprit menunggang di Khao Yai National Park


nak pegi ke air terjun ni kena jalan kaki.....mereka jalan pegi tapi saya terus ride ke depan lagi sorang diri nak tengok apa ada di depan.


Jalanraya sempit tapi sangat baik dan nyaman...Uhhhhhhh..



Gaya Dr Ramdan menunggang Z750 emasnya dengan berhati-hati...



Angle yang menarik dari photographer yg kreative.  Saya tak terfikir nak ambik gambar begini..


Ditepi tasik ini ada banyak rusa liar yang jinak.



Merentas jambatan gantung...... ramai Farang datang ke sini



ni la saya mak oiiii


menikmati udara yg nyaman dipuncak gunung sambil mendengar amanat dari Papprit


Pracin Buri dan Khao Yai


Hotel di Pracin Buri






Kodinat lakasi pintu masok Khao Yai




Ada rusa di seberang


Sessi pergambaran filem




Besar mana seladang ni kalau rangkanya badan setinggi ini.


Harimau dan sejarahnya.




Rusa yg jinak dan berada dimana2.




Ada perkampungan di lembah sana


Selingan breakdance sekejap oleh rider kita


saya berkumpul semula dengan rakan rakan lain setelah menurun pergunungan dipenghujung Khao yai national Park. pemandangan sangat menarik. malangnya saya memang agak malas mengambil gambar.  perjalanan selepas Khao yai memang sangat menarik. sekali sekala terasa macam ride di Eropah apabila melalui padang rumput d tambah pula dengan deretan restoren mirip Barat. terpesona sungguh tapi perut dah menyanyi minta di isi sebab sejak dari pagi belum sarapan. Sebenarnya saya dah singgah sorang diri di pejabat National Park dan makan bubur nasi dalam cup serta segelas Cha ron (teh susu).  Oleh kerana semua kelaparan maka kami mencari restoren Muslim dn masjid menggunakan I Go Primo (GPS) dan akhirnya kami jumpa sebuah masjid di Pak Chong.  Kami makan nasi Goreng.  Masanilah Pak Zhenchz telah menngunakan segala kepakarannya bercakap Siam untuk mengorder makanan dan minuman. Tak sia sia dia menggunakan Long Hair dictionary masa bekerja di Bangkok dulu. Walaupun saya dok di Thailand tapi takleh cakap Siam sebab takde Long hair dictionary.

Tiada gambar diambil dalam kamera saya di restoren/gerai makan kecil dan kotor dekat masjid. 

Ini gambar masjid di Pak Chong.


Selepas itu kami menuju ke Nakhon Rachasima atau Korat.  Sempat juga singgah di Tasik tak tahu nama di tepi jalan selepas Pak Chong.

Menikmati sarapan pagi + makan tengahari di sebuah restoren Muslim di belakang masjid di Pak Chong.  nasi gorengnya sungguh lazat.

Makan elok elok nak ya...ni abah suapkan. jangan tumpah tumpah.



Di tepi Tasik di lebuhraya 2 Thanom Mitraphap di antara Nong Sarai dan Khlong Pai OTW ke Nakhon Ratchasima.  Pemandangannya sangat menarik dengan tiupan bayu sepoi sepoi bahasa buat diri rasa mengantuk.





Pak Chong, Lam Takhong Lake dan Korat

Warong halal dekat masjid PakChong


Masjid Pak Chong.


























Masjid di Korat ( Nakhon Ratchasima)


Masjid Korat.  Di sini kami berhenti rehat untuk sembahyang jamak dan Pak Ramdan dan Hj Nik ambil peluang utk rehatkan badan. Kami berbuat dengan imam masjid berbangsa Myanmar yg boleh bercakap melayu



anak imam masjid di dalam buaian.



selepas itu kami memulakan perjalanan ke timur Thailand dan bercadang tidur sedekat mungkin dengan sempadan.  Sampai di satu persimpangan Papprit yang berada dibelakang sekali telah berpisah dengan group utama kerana berhenti mengambil gambar.  Beliau akhir melalui jalan lain dan tidur si sekitar Buri Ram dekat Surin dan kami bermalam disebuah hotel di Satuek.  Papprit ambil jalan bawah dan kami ambil jalan atas.  Ini perkara biasa bagi kami dalam setiap ride jadi masing masing faham dan tak risau.  Tak tahu apa Papprit buat kat sana sorang sorang tapi kami di sini hanya masak megi dan Hj. Nik sempat ke kedai telefon dan beli telefon baru.

Di waktu pagi di hadapan hotel sebelum bertolak.  kelihatan pekerja hotel menunggu monk di tepi jalan dengan makanan untuk disedekahkan kepada monk yng melalui jalan itu.  Ini aktiviti biasa bagi masyarakat Buddha di Thailan.



Pada 5 Feb 2013. kami bertolah pagi tanpa sarapan kenuju ke Chong Mek dan berjanji dgn Papprit akan bertemu semula di masjid Ubon Ratchatani.  Papprit bertolak melalui Surin ke Ubon dan kami bertolak melalui  Tha Tum dan Rattanaburi.  Kami sinngah di Sisaket untuk mengisi minyak yg hampir kering dan juga mengalas perut di 7 Eleven serta pisang.  Di sini saya call kawan lama yg tinggal di Sisaket tetapi beliau berada di Bangkok pada masa itu. Beliau ingin menghantar adik perempuanya menjemput kami tapi saya menolak takut masa jadi panjang jadi kami meneruskan perjalanan ke Ubon Ratchatani dan bertemu Papprit di hadapan masjid besar di situ.

Masjid Ubon Ratchatani



Sebuah restoren tak jauh dari Masjid Ubon Ratchatani. Tapi malangnya tak buka lagi sebab tuannya pergi ke hospital.



akhirnya kami berjumpa dua orang peniaga dari Pattani yg juga mencari makan dan beliau mengajak pergi ke restoren Muslim lain yang jaraknya lebih kurang 4 km dari situ.   Kami makan bersama dan sempat membungkus kao mok kai untuk di bawa bekal.

Inilah awek awek pekerja restoren yang berjaya dipikat oleh Zhenchz pada hari itu. 


Setelah makan kami bertolak ke Chong Mek dan bercadang melepasi sempadan Thai/Laos pada hari ini.   

Kami singgah di tasik Sirindhorn untuk menikmati pemandangannya. banyak gerai gerai makan di atas air. hajat saya utk ke Tasik indah ini tercapai.

Kelihatan restoren di atas air. 





Ramdan:  Tu dia kao mok kai Zhenchz ikat atas motornya. mari kita pakat makan.
Papprit:    Mana cukup kalu sebungkus.  kalau 3 bungkus utk saya sorangpun belum tentu cukup dalam cuaca panas ni.
Hj. Nik:     Korang semua kena hormat saya yg lebih tua ni.  bagilah saya makan sorang okey.......kalau tak cukup nantilah saya tengah call darling saya suruh poskan


Perbincangan seterusnya......

Ramdan:  Sementara Darling Hj Nik pos makanan, apa kata kita terjun tasik ni bagi sejukkan badan dulu....
Papprit:    Oooppp sori...tak boleh...saya terlupa pakai seluar dalam hari ni.....tasik ni banyak lintah.
Hj. Nik :    ....sibuk menelefon ke Malaysia.



Ni nak sambong sikit lagi kalu adik kakok nok dengar gak...

Seterusnya kami bertolak ke Chong Mek untuk cross sempadan ke Laos.  Tapi sebelum itu kami isi minyak dulu kat Chong Mek kerana minyak di Laos lebih mahal.


Ini antara rumah rumah atau dangau/pondok penduduk Thai di sempadan Laos.  
 


mengisi minyak di Chong Mek



setelah itu kami membuat urusan keluar dari Thailand di immigresen.  Sangat mudah dan cepat. layanannya pun sangat baik.

Walaupun jauh dan terletak di Chong Mek tetapi immigresen ini dinamakan Ubon Ratchatani.


Dengan gembiranya Papprit dilepas dan dibebaskan dari negara Thailand 


Oleh itu marilah kita bergambar kenangan dengan pegawai immigresen yang membebaskannya dari Thailand


selepas urusan di sempadan Thai maka bermulalah ride di sebelah kanan jalan pulak ke imigresen Laos.  Di sini urusan sangat selesa dan dilayan dengan penuh berhemah.  maklumlah kami bawa surat kebenaran perjalanan dari kedutaan mereka.  Walaupun begitu kami juga kena pau sedikit seorang. katanya bayaran urusan.....ala sikit je dan tak sempat nak ingat berapa.  kami juga kena bayar utk bawa masuk motorsikal.

Kita tengok aksi riders kita di sempadan Laos pulak.

Saya sempat merakam perbualan mereka dari jauh....kita dengar ya

Papprit :  Oooo nak bawa masuk motor kena bayar yaaa.... kalau saya nak bawa cik adik ni berapa pulak kena bayar???????
Zhenchz : Cepatlah Abam Papprit...bagilah can saya pulak membuktikan kemahiran saya ni........   takkan nak makan sorang kut....


di Imigresen Laos.  Lengang........


selepas semua urusan selesai, kami sempat beli sim card Laos utk menalefon dan juga membeli insuran di gerai tepi imigresen.  Insuran cuma RM12.00 saya beli tapi mereka beli RM 13.00 digerai sebelahnya.  untung seringgit beb.  Selepas minum air kelapa, kamipun bertolak menuju ke Pakse yang tak berapa jauh dari situ iaitu kira-kira sejam perjalanan.

kita layan sedikit gambiran sepanjang jalan sempadan ke Pakse.

Aksi dua tukang gambar selepas sempadan Laos.  Cuaca kering dan rumput mudah terbakar.



Pemandangan sebuah sekolah di kampong Muang Phonthong tak jauh dari bandar Pakse.  Kanak-kanak menghabiskan masa rehat berkubang di dalam kolam di halaman sekolah...  masih adakah lagi sekolah begini di Malaysia?




Kuba pun nak melintas jalan jugak




Macam lanun tutup sebelah mata.  Hanya motor saya yg tutup lampu kerana undang-undang Laos dan Cambodia tak boleh pasang lampu siang hari.  yang lain-lain celik semua. tapi kata orang Laos ok bagi foreigner buka lampu kerana mereka faham motor takde suiz lampu. terbukti benar kerana apabila kami sampai di jambatan Lao/Nippon yg dikaweal polis dan mereka tak samanpun yg lain-lain.


Jambatan Lao-Nippon yang merentasi sungai Mekong di bandar pakse.  Akhirnya saya sampai juga ke sungai Mekong untuk kali ke 5


Akhirnya kami mencari hotel untuk bermalam dan inilah hotel yg kami dapat di Bandar Pakse


Sebelah malamnya pula kami meronda mencari restoren Halal dan jumpa 4 buah di bandar pakse.


Kami makan di sini.


Walaupun restoren ini nama saya, tapi bukan saya punya tau.....ada juga jual beerLao....halal juga ke????



sebelah malamnya pula saya tak sanggup meninggalkan Zhenchz seorang takut hilang......... maklumlah sidia sudah menunggu kat belakang nu.